Sunday, September 12, 2010

wanita HARGA DIRIMU amat mahal..






assalamualaikum...
salam ukhuwah fillah abadan abada...

alhamdulillah, sehingga hari ini kita masih dapat bernafas di rijal ini..
alhamdulillah juga sebab kita semua diberi kesempatan untuk terus muhasabah diri..
insyaALLAH hari ini penulis ingin berkongsi sedikit ilmu didada..
bersama pengalaman yang ditimba..

wahai kaum HAWA..
sesungguhnya ALLAH menciptakan Lelaki sebagai watak utama..
dan wanita sebagai pakaian mereka...kamu adalah perhiasan..
dan kamu perlu menjadikan diri kamu perhiasan yang mahal..
yang dibeli dengan MAHAR YANG TINGGI..yang diambil dengan cara YANG HALAL..
bukan perhiasan yang MURAH..yang boleh dibeli malah boleh dipegang dan diambil SESUKA HATI..renung-renungkan lah wahai sahabat..
adakah sama perhiasan yang kamu beli di KEDAI RM2 dengan perhiasan yang kamu beli di KLCC..
harganya pon berbeza..KUALITI juga berbeza..

ingin saya kongsi pengalaman saya di MRSM PONTIAN..
seminggu sebelum kami pulang..
semua guru-guru telah mengadakan SPOTCHECK besar-besaran..
alhamdulillah segalanya berjalan lancar..
dan alhamdulillah juga sebab GURU2 telah mengetahui perkara yang disorok dibelakang mereka..
banyak BENDA2 TERLARANG telah dirampas..
disinilah terungkap segala rahsia..
SURAT2 CINTA.. HANDPHONE.. MP4.. bahkan ADE YANG MENYIMPAN GAMBAR2 LUCAH..
penulis amat bersyukur kepada ALLAH kerana membuka jalan kepada kami PELAJAR PEREMPUAN untuk muhasabah diri dan bertaubat..
tidak lama selepas kejadian penuh hikmah itu..
SEORANG WARDEN yang amat kami hargai..
iaitu seorang ustaz YANG BANYAK BERKORBAN DEMI KAMI..
atas berkat usahanya..
satu malam yang dikenali sebagai LADIES NIGHT atau LAILATUL MUSLIMAH
telah diadakan.. pada malam itu KESEMUA PELAJAR PEREMPUAN dikumpulkan didalam surau..usai SOLAT TERAWIH..
DISITULAH ustaz merungkaikan segala masalah yang berlaku kepada wanita hari ini..
dimana wanita hanya dijadikan lelaki sebagai pemuas nafsu serakah..
KES PEMBUANGAN BAYI BERLAKU DIMANA-MANA!!
memang benar kata ustaz..
kalau tak disebabkan PEREMPUAN yang rela kesuciannya dirobek..
perkara itu takkan berlaku..

MEMANG KEBANYAKAN KES2 MAKSIAT BERLAKU DISEBABKAN PEREMPUAN..
PEREMPUAN MENDEDAHKAN AURAT...MENAYANG SINI SANA..
BERKATA DENGAN SUARA YANG MENGGODA..
“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)
wahai kaum hawa..ENGKAULAH yang menggerakkan nafsu syahwat kaum ADAM..
Anda kena ingat, penghuni yang paling ramai dineraka adalah KAUM PEREMPUAN..

wahai KAUM HAWA..
saya merayu kepda anda semua untuk menjaga tingkah laku anda..
jagalah aurat kamu dengan sebaiknya..
berubahlah..
jika tidak mampu lakukan secara drastik,
mulalah dengan perlahan-lahan..dan ISTIQAMAH..
sesungguhnya itu lebih baik..





SAYA BERPESAN KERANA SAYA TIDAK MAHU LAGI KAUM SAYA TERUS HANYUT...
SAYA TIDAK MAHU SAHABAT SAYA MEMBUANG BAYI YANG TAK DIINGINKAN..
SAYA MAHU KEKASIH SAYA MENJADI MUJAHIDAH AGAMA..
YANG MENJAGA CINTANYA KEPADA YANG HAK..
YANG MENGALIRKAN AIRMATANYA KERANA TAKUTKAN AZAB YANG KHALIQ..
BUKAN KERANA DITINGGALKAN LELAKI..


Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?
Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”

Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan

keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi

muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”

Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat

dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah

dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia

memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah

lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah

sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya

ia berbicara dan berhujah kebenaran”

Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.

Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan

cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram

(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)


“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.
“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi

dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi

dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah

sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi

dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan

kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”

“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul

tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”

Setelah itu si anak bertanya”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah

saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”

Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata”pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.

INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,

malah semua wanita boleh”

Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi

ISTERI RASULULLAH.

“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,

menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke

dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)


CINTA ANDA SELEPAS ALLAH DAN RASULULLAH ADALAH UNTUK SUAMIMU YANG BERHAK... :)


Wednesday, September 8, 2010

SELAMAT HARI RAYA!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


salam,,,

alhamdullilah kini kita sudah berada di akhir ramadhan,,,,
adakah kita sudah menjalani ibadah di bulan ramadhan ini dengan sebaik mungkin?
tanya iman tanya diri,,,
penulis sendiri berasakan diri ini seperti useless kerana rasa kurang mencari pahala,,,huhuhu
full stop!

KAMI BERKAT 09/10 INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN,SEKIRANYA ADA DIANTARA KAMI MEMBUAT SALAH HARAP DIAMPUNKAN!XD

ADAB-ADAB MENYAMBUT ‘ID (HARI RAYA)

Ada berapa hari raya yang disyariatkan di dalam Islam?

Ada dua sahaja iaitu hari raya fitrah (عيد الفطر) pada 1 Syawal dan hari raya korban (يومَ الأضحْى) pada 10 Dzul-Hijjah. Dalilnya ialah hadis dari Anas r.a. yang menceritakan; tatkala Nabi s.a.w. tiba di Madinah (selepas hijrahnya), penduduk Madinah mempunyai dua hari kebesaran di mana mereka menyambutnya dengan mengadakan permainan-permainan. Lalu baginda bertanya mereka; “Hari apakah yang kamu sambut ini?”. Mereka menjawab; “Dua hari yang kami biasa menyambutnya (dengan mengadakan permainan) pada masa jahiliyah”. Maka Nabi s.a.w. bersabda kepada mereka;

قَدْ أَبْدلَكمُ الله بِهِمَا خَيْراً منهما: يومَ الأضحْى ويوْمَ الْفِطْر
“Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik dari dua hari (yang kamu sambut) itu iaitu; hari raya korban dan hari raya fitrah”. (Riwayat Imam Abu Daud dan an-Nasai dengan sanad yang soheh)

Kenapa hari raya dinamakan ‘Id (العيد) dalam bahasa Arab?

Al-‘Id (العِيْد) adalah pecahan dari kalimah al-‘aud (العَوْد) yang bermaksud kembali. Dinamakan hari raya dengan nama demikian kerana ia kembali (yakni berulang-ulang) pada setiap tahun atau kerana kegembiraan akan datang kembali dengan munculnya hari raya pada setiap tahun.

Apa yang sunat dilakukan pada malam hari raya?

Disunatkan menghidupkan malam dua hari raya (yakni hari raya fitrah dan hari raya korban) dengan ibadah sama ada mengerjakan solat-solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya. Ini kerana terdapat hadis di mana Nabi s.a.w. bersabda;

مَنْ أَحْيَا لَيْلَةَ الْفِطْرِ وَلَيْلَةَ الأَضْحَى لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوْتُ الْقُلُوْبُ
“Sesiapa menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari mati hati-hati”. (Riwayat Imam at-Thabrani dari ‘Ubadah r.a.)

Yang dimaksudkan mati hati ialah terbelenggu hati dengan dunia. Ada yang berpendapat maksudnya ialah menjadi kafir. Dan ada juga yang memberi erti; ketakutan hari kiamat.

Selain itu, digalakkan juga memperbanyakkan doa pada malam hari raya kerana doa pada malam tersebut adalah mustajab. Imam Syafi’ie berkata di dalam kitabnya al-Umm; “Telah sampai kepada kami bahawa dikatakan; ‘Sesungguhnya terdapat lima malam dimustajabkan doa iaitu; pada malam jumaat, malam hari raya korban, malam hari raya fitrah, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Sya’ban’”. (Mughni al-Muhtaj, jil. 1, hlm. 426, al-Majmu’, 5/47).

Adakah harus berpuasa pada hari raya?

Diharamkan berpuasa pada hari raya sama ada hari raya fitrah atau hari raya korban. Ini kerana hari raya adalah hari menikmati makanan dan minuman. Terdapat hadis dari Abu Hurairah r.a. yang menceritakan;

أَنَّ رَسُولَ اللهِ -صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ-: نَهَىَ عَنْ صِيَامِ يَوْمَيْنِ: يَوْمِ الأَضْحَىَ وَيَوْمِ الْفِطْرِ
“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. menegah dari berpuasa pada dua hari; hari raya korban dan hari raya fitrah” (Riwayat Imam Muslim).

Apakah amalan-amalan yang sunat dilakukan pada hari raya?

1. Menyambut hari raya dengan laungan takbir dan memuji Allah

Pada hari raya kita digalakkan bersungguh-sungguh membesarkan Allah dengan melaungkan takbir, tahlil, tahmid dan tasbih. Sabda Nabi s.a.w.;

زَيِّنُوْا الْعَيْدَيْنِ بِالتَّهْلِيْلِ وَالتَّكْبِيْرِ وَالتَّحْمِيْدِ وَالتَّقْدِيْسِ
“Kamu hiasilah dua hari raya dengan tahlil, takbir, tahmid dan taqdis”. (Riwayat Abu Na’im dari Anas r.a.)

Ini menjadi petanda kepada kita bahawa hari raya di dalam Islam adalah hari untuk mengagungkan Tuhan dan menzahirkan syiar agama, bukan hari untuk berseronok dan bersuka-ria semata-mata.

Takbir pada hari raya ada dua jenis;

a) Takbir Mursal atau Muthlaq (المرسل أو المطلق) iaitu takbir yang tidak terikat dengan sesuatu keadaan di mana ia dilaungkan dengan suara yang kuat di jalan-jalan raya, di masjid-masjid, di pasar-pasar, di rumah dan sebagainya di waktu siang atau malam.

b) Takbir Muqayyad (المقيد) iaitu yang dilaungkan selepas menunaikan solat sahaja.

Kedua-dua jenis takbir ini akan kita huraikan di hujung nanti di bawah tajuk khusus.

2. Mandi sunat

Disunatkan mandi hari raya sekalipun tidak berhasrat untuk menghadiri majlis solat hari raya kerana hari raya adalah yaum az-zinah iaitu hari perhiasan. Sunat mandi ini adalah berdasarkan amalan sahabat di mana Imam Malik meriwayatkan dari Nafi’ yang menceritakan;

أَنَّّ ابْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ كَاْنَ يَغْتَسِلُ يَوْمَ الْفِطْرِ قَبْلَ أَنْ يَغْدُوَ
“Sesungguhnya Ibnu Umar r.a. mandi pada hari raya fitrah sebelum keluar pada pagi hari raya”. (Riwayat Imam Malik dalam al-Muwatta’. Menurut Imam Nawawi; atsar ini adalah soheh)

Begitu juga dikiaskan kepada mandi hari jumaat. Selain dari mandi disunatkan juga menggunting atau mencukur rambut, memotong kuku dan menghilang bau-bau di badan dan pakaian kerana hari tersebut adalah hari raya, maka disunatkan perkara-perkara tersebut dengan dikiaskan kepada hari jumaat. Menurut Imam Ibnu Rusyd; sunat mandi hari raya adalah ijma’ ulamak. (Lihat; Bidayatul-Mujtahid, jil. 1, hlm. 283).

Bilakah masanya untuk mandi?

Masuknya waktu disunatkan mandi ialah apabila tiba tengah malam. Berkata Imam al-Muzani; “Aku menyukai agar mandi hari raya itu dilakukan selepas terbit fajar” (al-Majmu’, 5/10).

3. Berwangi-wangian dan dan memakai pakaian baru.

Berdalilkan hadis dari Hasan bin Ali r.a. –cucu Rasulullah- yang menceritakan; “Rasulullah s.a.w. memerintahkan kami pada dua hari raya supaya memakai pakaian sehabis elok yang kami perolehi, berwangi dengan wangian paling harum yang kami perolehi dan supaya kami menyembelih korban dengan binatang paling gemuk yang kami miliki”. (Riwayat Imam al-Hakim dan at-Thabrani).

Berkata Imam Ibnul-Qayyim; “Nabi s.a.w. memakai untuk dua hari raya pakaian baginda yang paling cantik. Baginda mempunyai jubah khusus yang dipakai baginda untuk dua hari raya dan juga hari jumaat”.

Adakah berwangian dan berbaju baru itu hanya disunatkan untuk orang yang ingin keluar mengerjakan solat hari raya sahaja?

Tidak. Ia disunatkan kepada semua orang termasuk yang tinggal di rumah kerana hari raya adalah hari perhiasan (يوم الزينة). Bagi yang memiliki hanya satu pakaian, ia disunatkan membasuh pakaian itu untuk hari raya sebagaimana juga hari jumaat.

4. Beramai-ramai menghadiri tempat solat hari raya

Disunatkan pada hari raya umat Islam keluar beramai-ramai ke tempat solat hari raya termasuk kaum wanita (sama ada tua atau muda, yang berkahwin atau belum berkahwin, yang suci atau dalam haid) untuk sama-sama bertakbir, mendengar khutbah dan berdoa. Ummu ‘Athiyyah r.a. menceritakan;

“Kami (para wanita di zaman Nabi s.a.w.) diperintahkan supaya keluar pada hari raya (ke tempat solat) sehingga kami mengeluarkan anak gadis dari tabir/tirainya (*yakni kami mengeluarkan anak gadis kami dari biliknya untuk membawa mereka bersama-sama ke tempat solat), dan sehingga perempuan-perempuan yang kedatangan haid juga turut sama keluar di mana mereka duduk di belakang orang ramai; bertakbir bersama dengan takbir mereka dan berdoa bersama dengan doa-doa mereka serta mengharapkan keberkatan hari tersebut dan kesuciannya” (Riwayat Imam Bukhari).

Di mana ditempatkan wanita yang dalam haid?

Wanita yang kedatangan haid, mereka hendaklah ditempatkan di bahagian belakang orang ramai dan dipisahkan dari tempat sembahyang atau masjid. Menurut Imam Nawawi; kedudukan mereka hanya setakat pintu masjid sahaja. Sabda Rasulullah s.a.w.; “Adapun wanita-wanita yang haid, maka mereka hanya turut sama menghadiri perhimpunan kaum muslimin dan doa mereka dan mereka duduk terpisah dari tempat sembahyang orang ramai”. (Riwayat Imam Bukhari dari Ummu ‘Athiyyah r.a.)

Dalam riwayat yang lain; “Dan wanita-wanita haid hendaklah berada di belakang orang ramai di mana mereka bertakbir bersama mereka” (Riwayat Imam Muslim dan Abu Daud dari Ummu ‘Athiyyah r.a.).

Adakah harus wanita keluar dengan bersolek?

Tidak harus kaum wanita keluar dengan bersolek, bertabarruj dan berwangian. Sabda Rasulullah s.a.w.; “Janganlah kamu menegah hamba-hamba Allah yang perempuan (yakni kaum muslimat) dari mendatangi rumah-rumah Allah. Namun hendaklah mereka keluar dalam keadaan tidak berwangian”. (Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)

Adakah harus keluar jika dikhuatiri mendatangkan fitnah? Bagaimana dengan wanita yang dalam eddah kematian suami?

Tidak harus mereka keluar jika dikhuatiri boleh mendatangkan fitnah. Begitu juga, tidak harus keluar wanita yang masih berada dalam iddah kematian suaminya.

Adakah kanak-kanak juga sunat dibawa bersama?

Ya, sunat membawa bersama kanak-kanak yang telah mumayyiz.

5. Keluar awal ke tempat solat (kecuali imam)

Disunatkan hadir ke masjid atau tempat solat awal pagi selepas subuh kecuali imam di mana ia disunatkan hadir pada waktu solat hari raya hendak dilaksanakan.

Imam disunatkan hadir lebih awal –untuk memimpin solat- pada hari raya korban supaya solat dapat dilakukan lebih awal dan dengan itu dapat memanjangkan waktu untuk melaksanakan ibadah korban (kerana binatang korban sunat disembelih selepas imama selesai dari solat hari raya). Adapun pada hari raya fitrah, imam disunatkan melewatkan sedikit hadir untuk memimpin solat bagi memberi lebih masa kepada kaum muslimin untuk membayar zakat fitrah (kerana zakat fitrah afdhal dikeluarkan sebelum solat hari raya).

6. Menikmati juadah sebelum keluar (khusus bagi hari raya fitrah)

Disunatkan pada hari raya fitrah menikmati sedikit makanan sebelum keluar ke masjid atau tanah lapang bagi menunaikan solat. Sebaik-baiknya memakan buah tamar dan dengan bilangan yang ganjil. Adapun pada hari raya korban disunatkan menahan diri dari makan sehinggalah pulang dari menunaikan solat hari raya.

Diriwayatkan dari Ibnu Buraidah dari bapanya r.a. (seorang sahabat) yang menceritakan; “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak keluar pada hari raya fitrah melainkan setelah baginda makan dan baginda tidak makan pada hari raya korban melainkan setelah beliau pulang”. (Riwayat Imam Ibnu Majah dan at-Tirmizi. Hadis ini adalah hasan menurut Imam Nawawi)

Anas r.a. juga menceritakan; “Adalah Rasulullah s.a.w. tidak keluar pada pagi hari raya fitrah melainkan setelah baginda makan beberapa biji tamar. Baginda makan tamar-tamar itu dengan bilangan yang ganjil’”. (Riwayat Imam Bukhari)

7. Keluar berjalan kaki dan melalui jalan berbeza ketika pulang

Disunatkan pergi ke tempat solat atau ke masjid dengan berjalan kaki dalam keadaan tenang. Apabila pulang, disunatkan melalui jalan yang lain dari jalan yang dilalui ketika pergi tadi. Ibnu ‘Umar r.a. menceritakan; “Rasulullah s.a.w. keluar untuk menunaikan solat hari raya dengan berjalan kaki dan pulang dengan berjalan kaki”. (Riwayat Imam Ibnu Majah)

Imam Bukhari meriwayatkan dari Jabir r.a.; “Adalah Nabi s.a.w. pada hari raya baginda melalui jalan yang berbeza (yakni ketika pergi melalui satu jalan dan ketika pulang melalui jalan yang lain)”. Dari Ibnu ‘Umar r.a.; “Sesungguhnya Rasulullah pada hari raya melalui satu jalan (ketika keluar menunaikan solat hari raya), kemudian baginda pulang dengan melalui jalan yang lain”. (Riwayat Imam Abu Daud dan al-Hakim)

Antara hikmahnya menurut ulamak ialah; supaya kedua-dua jalan serta penduduk sekitarnya dari kalangan manusia dan jin menjadi saksi kepada baginda dan juga untuk menzahirkan syiar Islam.

8. Segera mengeluarkan zakat fitrah sebelum solat hari raya.

Disunatkan bersegera mengeluarkan zakat fitrah sebelum solat hari raya dikerjakan. Ibnu Umar r.a. menceritakan; “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. menyuruh agar dikeluarkan zakat fitrah sebelum keluar pada pagi hari raya untuk mengerjakan solat”. (Riwayat Imam at-Tirmizi)

Mengeluarkan zakat fitrah selepas selesai solat hukumnya adalah makruh di sisi imam mazhab empat. Malah ada pandangan menyatakan; haram.

9. Menyembelih korban (bagi hari raya korban)

Digalakkan menyembelih korban pada hari raya korban dengan seekor kambing atau sebagainya bagi orang-orang yang mampu.

Barra’ bin ‘Azib r.a. menceritakan; “Rasulullah s.a.w. telah berkhutbah kepada kami pada hari raya korban di mana baginda bersabda; “Sesungguhnya perkara pertama untuk kita memulakan hari kita ini ialah dengan kita menunaikan solat (yakni solat hari raya), kemudian kita pulang dan berikutnya kita menyembelih korban….”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

10. Mengucapkan tahniah, menzahirkan kegembiraan dan bersalam-salaman

Digalakkan pada hari raya mengucapkan tahniah sempena kedatangan hari raya, melahirkan rasa gembira dan seronok dan bersalam-salaman sesama kaum muslimin. Mengucapkan tahniah bersempena kedatangan hari raya adalah amalan para sahabat, oleh itu ia disyari’atkan. Al-Hafidz ibnu Hajar berkata; kami meriwayatkan dengan sanad yang baik (hasan) dari Jubair bin Nufair yang menceritakan; “Adalah para sahabat Rasulullah s.a.w. apabila saling bertemu pada hari raya, maka berkata sebahagian mereka kepada sebahagian yang lain; ‘Semoga Allah menerima dari kami dan dari kamu’”. (Fathul-Bari ‘ala Soheh al-Bukhari)

Adapun galakan bersalam-salaman adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang bersabda; “Tidak ada dua orang muslim yang berjumpa, lalu mereka berdua saling berjabat tangan melainkan akan diampunkan bagi kedua-dua mereka sebelum mereka berpisah lagi”. (Riwayat Imam Abu Daud dari Anas r.a. dengan sanad yang soheh menurut Imam Nawawi)

Mengenai galakan menzahirkan kegembiraan, terdapat hadis Rasulullah s.a.w. yang menyebutkan; “Senyumanmu di hadapan wajah saudara kamu adalah sedekah bagimu”. (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Abu Zarr r.a.)

Adakah harus mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas menunaikan solat hari raya?

1. Bagi imam, dimakruhkan melakukan sebarang solat sunat sebelum dan selepas mengerjakan solat hari raya kerana berlawanan dengan sunnah Nabi s.a.w.. Ibnu ‘Abbas r.a. menceritakan; “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. keluar pada hari raya korban dan hari raya fitrah, lalu baginda menunaikan solat sunat hari raya dua rakaat. Baginda tidak mengerjakan sebarang solat sebelumnya dan begitu juga selepasnya”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Malah apabila ia sampai di masjid tidak perlu ia menunaikan solat tahiyyatal-masjid, akan tetapi terus memimpin solat hari raya. Solat tahiyyatal-masjid dengan sendirinya terhasil bersama solat hari raya itu.

2. Adapun selain dari imam, tidaklah dimakruhkan mengerjakan solat sunat sebelum atau selepas solat hari raya. Ini kerana waktu tersebut bukanlah waktu yang ditegah mengerjakan solat. Selain itu, terdapat riwayat dari Abu Barzah yang menceritakan bahawa Anas r.a., al-Hasan r.a. dan Jabir bin Zaid r.a. mengerjakan solat pada hari raya sebelum keluarnya imam.

Adakah harus bergembira pada hari raya?

Harus, malah disunatkan, akan tetapi hendaklah tidak membabitkan perkara-perkara yang haram. Di dalam hadis Anas r.a. tadi diceritakan; tatkala Nabi s.a.w. tiba di Madinah (selepas hijrahnya), penduduk Madinah mempunyai dua hari kebesaran di mana mereka menyambutnya dengan mengadakan permainan-permainan. Lalu baginda bertanya mereka; “Hari apakah yang kamu sambut ini?”. Mereka menjawab; “Dua hari yang kami biasa menyambutnya (dengan mengadakan permainan) pada masa jahiliyah”. Maka Nabi s.a.w. bersabda kepada mereka; “Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik dari dua hari (yang kamu sambut) itu iaitu; hari raya korban dan hari raya fitrah”. (Riwayat Imam Abu Daud dan an-Nasai dengan sanad yang soheh).

Di kitab Subulus-Salam, Imam As-Son’ani menyimpulkan berdasarkan hadis di atas; hadis ini menjadi dalil bahawa menzahirkan kegembiraan-kegembiraan ketika hari raya adalah disunatkan dan ia antara syari’at Allah kepada hambaNya. Ini kerana yang digantikan hanyalah hari raya. Adapun adat sambutan yang dilakukan oleh mereka iaitu mengadakan permainan-permainan (untuk menzahirkan keseronokan dan kegembiraan) tidak disentuh oleh Rasulullah s.a.w.. Ini menunjukkan ia adalah harus pada hari raya. Namun hendaklah dipastikan tidak ada unsur yang dilarang oleh Syarak dan tidak memalingkan dari ketaatan. (Subulus-Salam, jil. 1, bab. Solatul-Idaian).

Adakah harus mendengar nyanian dan berhibur pada hari raya?

Ya, harus dengan syarat nyanyian dan hiburan yang bersih dari maksiat dan munkar. Syeikh Ali as-Shobuni berkata; “Oleh kerana har-hari raya adalah hari keseronokan dan kegembiraan bagi kanak-kanak dan orang dewasa, lelaki dan juga wanita, maka Syarak telah mengharuskan hiburan yang bersih dan permainan yang tidak ada sebarang unsur maksiat padanya, bertujuan untuk menimbulkan kegembiraan dalam hati sekelian manusia, supaya mereka merasai kebesaran hari raya dan keindahannya”.

Saidatina Aisyah r.a. menceritakan; “Abu Bakar masuk kepadaku sedang bersamaku dua orang budak perempuan Ansar yang sedang menyanyi dengan syair/ungkapan yang saling diucapkan (antara dua puak) Ansar (yakni ‘Aus dan Khazraj) dalam peperangan Bu’ats. Aisyah menerangkan; mereka berdua bukanlah penyanyi. (Melihat hal tersebut), Abu Bakar lantas berkata; “Apakah serunai-serunai syaitan di rumah Rasulullah?”. Hari itu adalah hari raya. Maka Rasulullah s.a.w. berkata; “Wahai Abu Bakar, sesungguhnya bagi setiap kaum ada hari rayanya dan ini adalah hari raya kita”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Takbir pada hari raya

Apakah dalil disunatkan bertakbir pada hari raya?

Diantara dalilnya ialah riwayat dari Ummu ‘Athiyyah r.a. yang menceritakan; “Kami (para wanita) diperintahkan supaya keluar pada hari raya (ke tempat solat) sehingga kami mengeluarkan anak gadis dari tabir/tirainya (*yakni kami mengeluarkan anak gadis kami dari biliknya untuk membawa mereka bersama-sama ke tempat solat), dan sehingga perempuan-perempuan yang kedatangan haid juga turut sama keluar di mana mereka duduk di belakang orang ramai; bertakbir bersama dengan takbir mereka dan berdoa bersama bersama dengan doa-doa mereka serta mengharapkan keberkatan hari tersebut dan kesuciannya”. (Riwayat Imam Bukhari)

Siapakah yang disunatkan bertakbir?

Disunatkan bertakbir pada hari raya bagi lelaki dan perempuan, kanak-kanak (yang mumayyiz) dan orang dewasa, orang dalam negeri atau sedang bermusafir. Termasuklah wanita-wanita yang haid atau lelaki-lelaki yang berjunub. (al-Majmu’, 5/42).

Ketika bertakbir, adakah disunatkan meninggikan suara?

Ketika mengucapkan takbir disunatkan dengan suara yang tinggi untuk menzahirkan syi’ar agama. Diriwayatkan dari Nafi’ yang menceritakan;

كان ابن عمر يكبر يوم العيد في الأضحى والفطر ويكبر ويرفع صوته
“Adalah Ibnu Umar r.a. bertakbir pada hari raya korban dan juga hari raya fitrah; ia bertakbir dan meninggikan suaranya”. (Riwayat Imam ad-Daruqutni dan al-Baihaqi)

Namun dikecualikan kaum wanita; mereka hendaklah bertakbir dengan suara perlahan. Dalam kitab Kifayatul-Akhyar, pengarangnya menjelaskan; “Disunatkan mengangkat suara dengan takbir bagi para lelaki sahaja, tidak bagi perempuan”. (Lihat halaman 151)
Berapa jenis takbir hari raya?

Takbir pada hari raya ada dua jenis;

1. Takbir Mursal atau Muthlaq (المرسل أو المطلق) iaitu takbir yang tidak terikat dengan sesuatu keadaan di mana ia dilaungkan dengan suara yang kuat di jalan-jalan raya, di masjid-masjid, di pasar-pasar, di rumah dan sebagainya di waktu siang atau malam.

2. Takbir Muqayyad (المقيد) iaitu yang dilaungkan selepas menunaikan solat sahaja (sama ada solat fardhu, jenazah atau solat-solat sunat).

Bilakah bermulanya takbir mursal dan bila pula berakhir?

Takbir mursal atau muthlaq bermula sebaik sahaja terbenam matahari pada malam hari raya (sama ada hari raya fitrah atau hari raya korban), dan ia berterusan hinggalah apabila imam mula mengangkat takbir bagi menunaikan solat hari raya. Firman Allah;

وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
“…dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu bertakbir membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”. (al-Baqarah: 185)

Berkata para ulamak; ayat di atas menjadi dalil disunatkan melaungkan takbir pada hari raya fitrah dan dikiaskan kepadanya hari raya korban.

Bilakah bermulanya takbir muqayyad dan bila berakhir?

a) Bagi hari raya korban, takbir muqayyad bermula bermula dari solat subuh hari ‘Arafah (iaitu tanggal 9 Dzulhijjah) hinggalah selepas solat asar pada hari Tasyrik terakhir (yakni hari raya ke empat).

Diriwayatkan dari ‘Ali dan ‘Ammar r.a. yang menceritakan; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. bertakbir bermula dari hari ‘Arafah (selepas) solat subuh dan memutuskannya (yakni berhenti bertakbir) selepas solat asar hari terakhir Tasyriq”. (Riwayat Imam al-Hakim. Menurut Imam al-Hakim; hadis ini sanadnya soheh)

b) Bagi hari raya fitrah, bermula dari solat maghrib pada malam hari raya dan berakhir selepas solat subuh pada pagi hari raya.

Adakah takbir hari raya dilaungkan selepas zikir solat atau sebelumnya?

Melaungkan takbir didahulukan dari membaca zikir-zikir selepas sembahyang bagi takbir muqayyad. Adapun takbir mursal, membaca zikir-zikir selepas solat didahulukan dari melaungkannya. (Lihat; al-Kifayah Li Zawil-‘Inayah, hlm. 85)

Apakah lafaz takbir yang sunat dilaungkan?

Ada dua pandangan ulamak;

Pandangan pertama (Imam Ahmad); Lafaznya ialah;

الله أكبر، الله أكبر، لا إله إلا الله، والله أكبر، الله أكبر، ولله الحمد

Iaitu lafaz takbir (الله أكبر) hanya disebut dua kali sahaja. Lafaz ini berdalilkan riwayat dari Ibnu ‘Umar r.a. dan Ibnu Mas’ud r.a.. Imam Ibnu Abi Syaibah meriwayatkan dari Abi al-Aswad yang menceritakan; “Adalah Abdullah bin Mas’ud r.a. bertakbir bermula dari solat subuh hari ‘Arafah hingga ke solat Asar hari an-Nahr (yakni hari raya korban) dengan melafazkan;
الله أكبر الله أكبر لا إله إلا الله والله أكبر الله أكبر ولله الحمد
(Menurut Syeikh Syu’aib al-Arnaudh dan Syeikh ‘Abdul-Qadier al-Arnaudh; para perawi hadis ini adalah tsiqah. Lihat; Zadul-Ma’ad, jil. 1, hlm. 449, fasl Hadyihi s.a.w. fil-‘Idain).

Pandangan kedua (mazhab Syafi’ie); lafaznya ialah;

الله أكبر الله أكبر الله أكبر، لا إله إلا الله، الله أكبر، الله أكبر، ولله الحمد
“Allah maha besar, Allah maha besar, Allah maha besar. Tidak ada Tuhan melainkan Allah. Allah maha besar. Allah maha besar. Milik Allah lah segala puji-pujian”.

Iaitu lafaz takbir (الله أكبر) disebut tiga kali. Mengucapkan takbir tiga-tiga kali menurut Imam Abi Ishaq as-Syirazi adalah berdalilkan riwayat dari Ibnu Abbas r.a. (al-Muhazzab, bab at-Takbir). Berkata Imam Ibnu Hajar; “Sesungguhnya Ibnu ‘Abbas dan Jabir bertakbir tiga-tiga kali sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam ad-Daruqutni dengan sanad yang dhaif. Dan telah berkata Imam Ibnu ‘Abdil-Barr; “Terdapat riwayat yang sahih dari Umar, Ali dan Ibnu Mas’ud bahawa mereka melaungkan takbir tiga-tiga kali iaitu (الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر). (Lihat; tahqiq/ulasan Dr. Mahmud Matraji terhadap kitab al-Majmu’, bab at-Takbir, 5/36. Lihat juga; Nailul-Authar, 3/315).

Imam as-Syafi’ie dalam kitabnya al-Umm menyukai agar ditambah kepada takbir di atas selepas tiga kali mengucapkannya;

اللّه أكْبَرُ كَبيراً،والحَمْدُ لِلَّهِ كَثيراً، وَسُبْحانَ اللَّهِ بُكْرَةً وأصِيلاً، لا إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَلا نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدينَ وَلَوْ كَرِهَ الكافِرُون، لا إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ، لا إِلهَ إِلاَّ اللّه واللَّهُ أكْبَرُ
“Allah maha besar dengan sebesar-besarnya. Segala puji-pijian milik Allah dengan sebanyak-banyaknya. Maha suci Allah di waktu pagi dan petang. Tidak ada Tuhan melainkan Allah. Kami tidak menyembah melainkanNya sahaja dalam keadaan kami mengikhlaskan agama untukNya, sekalipun orang-orang kafir membenci. Tidak ada Tuhan melainkan Allah satu-satunya. Dia telah mengotakan janjiNya dan telah menolong hambaNya serta mengalahkan tentera-tentera bersekutu (dengan kekuasaanNya) semata-mata. Tidak ada Tuhan melainkan Allah. Allah maha besar”.

Tambahan ini menurut Imam Abu Ishaq as-Syirazi dalam al-Muhazzab, di ambil dari zikir Nabi s.a.w. ketika Sa’i di atas bukit Safa. (al-Majmu’, 5/36).

diCOPY dari http://fiqh-am.blogspot.com


Sunday, September 5, 2010

upcoming entry,,,,EDISI:PEREMPUAN!


salam,,,,

buat pembaca blog BERKAT!,,,,kami akan muncul dengan EDISI:PEREMPUAN DALAM MASA BEBERAPA JAM LAGI!,,,,tunggu dan lihat,,,,tapi sebelum itu,,,ada entry lain,,,HARAP MAKLUM DAN MAAF ATAS KELEWATAN MEN-UPDATE BLOG,,,,XD


Saturday, July 31, 2010

DATING!




assalamualaikum,,,,,

salam ukhuwah buat semua pembaca,,,,
maaf dipohon kerana sudah lame x mengupdate entry di blog ni,,,,
akibat exam,,,,dan x lame ag,,,kami akan menghadapi MOCK INTERVIEW,,,,
AMALI SPM,,,,TRIAL MARA SPM!!!!1huhuhuhu,,,,
papepon kembali kepada tajuk,,,,

MAAF DIPINTA!!!!MUNGKIN KERANA PENULISANKU INI KELIHATAN TAK SKEMA,,,ngee~~

masalah yang begitu ketara dilihat,,,
dimana-mana maktab mahupon sekolah,,,iaitu,,,,,

DATING!!!!!

apelah masalah bagi pasangan bercouple ini????
susah sangat ke tak dating dlm kwsn yg tak sepatutunye???
ape yg istimewa sgt BERDATING????
berikan sepuluh sebab yang PALING MUNASABAH!!!!
biasa jawapan yang biase didengari,,,,

"SAYA SAYANG DIALAH,,,,"
"RINDU SANGAT KAT DY"
"TAK BOLEH BELAJAR KALO TAK JUMPE DY"
"ADE HAL PENTING,,,TU PASAL AR KNE JUMPE"

naik menyampah dengar jawapan tuh,,,,eeeeeee.......

pertanyaan ini ditujukan kepada pasangan yang hangat bercinta,,,,
ADAKAH ANDA PASTI,,,ANDA AKAN BERSAMANYA UNTUK SEUMUR HIDUP?

memanglah,,,,jatuh cinta itu tidak salah,,,
mengikut kajian manusia akan jatuh cinta sebanyak TUJUH KALI,,,sebelum dia menemui the right person,,,,
namun begitu,,,,kite mampu mengawal perasaan tersebut,,,,SERIUS!

buat pengetahuan,,,,,
cinta yang sejati hanya untuk ALLAH S.W.T,,,,
sekirAnya kite mencintai seseorang itu,,,,dan kite tak meluahkan perasaan kite + kite sangat menjauhi zina,,,,ini dikira berjihad taw!

ni kalo SI PEREMPUAN,,,,sanggup memberi peluang kepada SI LELAKI,,,,
memegang tangan,,,touching sana sini,,,,cium,,,french kiss or whatever,,
mane MARUAH PEREMPUAN????!!!!!!!malulah!!!!!
kaum lelaki hanya berniat suka2 sahaja,,,,,
setelah mendapatkan apa yang mereka nak,,,,mereka tinggalkan,,,PERCAYALAH!!!

sejahat-jahat lelaki didunia,,,
mereka sudah pasti mahu PEREMPUAN YANG TERBAIK!!!!SOLEHAH!!!BERTUDUNG,,,
awek mereka yang free hair tuh,,,hanya dibuat sbg simpanan jek,,,,
kebanyakannya begitu,,,,
tapi terpulang kepada anda untuk menilainya!!!!!
ada otak!!!!LU PIKIRLAH SENDIRI!!!

tapi sekiranya masih melakukannnya,,,,
adelah hamba ALLAH,,,,yang tak sanggup melihat perbuatan anda,,,,lalu menegor anda,,,,
ade buat tak tahu sahaja,,,,
pertanyaan,,,,

ADAKAH ANDA PEKAK?

KE BUTA????

sedar ar sendiri,,,,

memang ar kubur lain2,,,,
tapi rase diri tu dah cukop bagus ke masok syurga???
awak tu bukan maksom,,,,,

kesimpulannya,,,,,diharapkan kepada pasangan yang hangat bercinta supaya faham yang dimaksudkan!!!!
sudah terang lagi bersuloh+ade spotlight lagi,,,,

COUPLE ITU HARAM!!!!

Wednesday, June 16, 2010

KAMI BUKAN ROBOT,,,,

salam,,,

kali ni,,,sekali lagi aku yang postkan entry,,,,sebabkan masih malas untuk study atau tengok bola,,,
aku post,,,

aku nak cakap,,,,dan mohon maaf sangat2!!!!sebab,,,untuk blog BERKAT,,,,
aku tetap tak boleh tulis gaya yang skema!!!!maaf kepada ENCIK IZZAT,n ENCIK TAUFIK,,taw???
aku memang tulis gaye camni,,,cam kat blog aku,,,,tapi,,,,aku nak tulis gak,,,,

ehem,,,ehem,,,,

aku nak cakap pasal,,,BUKAN SEMUA ORANG PERFECT!


perhatian2!!!!,,,,
pemimpin pun tetap membuat kesalahan,,,,kami BUKAN malaikat,,,
sekiranya anda melihat kami membuat MINOR kesalahan,,,teros cakap yang trok2 psl kami,,,
anda fikir kami ni ROBOT???



hal ini bukan mahu membanggakan barisan pemimpin,,,,
namun,,,barisan inilah yang membantu rakyat,,,
namun rakyat????
asyik mencari kesalahan pemimpin,,,,
kalau macam tu,,,wahai RAKYAT!!!!
baik anda yang menjadi PEMIMPIN,,,,,buat kerajaan sendiri,,,
sekali lagi diingatkan,,,,
kadangkala mungkin kami fikir keputusan yang kami lakukan adalah BETUL sahaja,,,,
namun pada mata pandangan anda TIDAK,,,,
jika berlaku demikian,,,marilah adakan MUSYAWARAH,,,,
jangan dok cakap belakang jek!!!dahlah buat dosa sebab cakap belakang,,,
kami INSYA ALLAH MENDAPAT PAHALA,,,(terima kasih),,,
ehem2,,,,ni luahan hati penulis,,,,
walaupon BERKAT ni dipandang rendah,,,
ada yang kata,,,,"eleh abang/akak/ko uh BERKAT jek,,,",,,,
namun begitu,,,KAMI MEMIKUL BEBAN BESAR!!!!,,,,walaupon orang tak pandang,,,
ehem2 luahan hati penulis sekali lagi,,,
aku tegur orang mungkin kasar dan mungkin tak kasar sangat tapi harap dapat ubah rakyat,,,
tapi kalau tak nak ikot,,,HATI SAPE YANG KERAS KAN???
kembali kepada penulisan,,,,
walaupon barisan lama akan berundur,,,,
HARAP HORMATI BARISAN PEMIMPIN YANG BARU!!!!+MASIH HORMATI YANG LAMA!!

kan belajar adab terhadap pemimpin???


Adab terhadap pemimpin

· Mentaati pemimpin selagi ia tidak menyuruh melakukan maksiat

· Membantu pemimpin dalam mencapai wawasan negara

· Memberi sokongan padu segala polisi dan projek untuk kemudahan awab yang dilakukan oleh pemimpin

· Menasihati pemimpin dengan cara yang baik seperti melalui teguran dan pandangan wakil-wakil rakyat untuk diambil tindakan


lastly,,,,AKU NAK CAKAP,,,HORMATILAH PEMIMPIN!!!


aku yang post!!!!-Syarfa' binti Abdul Aziz(Lajnah Disiplin dan Rondaan)


KOMENLAH!!!+BE OUR FOLLOWER!!!!DO NEED YOUR COMMENT OR RESPONSE TOWARDS OUR ENTRY AND JUST BE OUR FOLLOWER!!!WE DO APPRECIATE YOUR HELP!=),,,,,berkat09/10

Monday, June 14, 2010

SHAWL,,,

salam,,,

entry kali ini,,,memang aku copy paste dari blog aku sendiri,,,,bukan berniat untuk promosi blog aku tapi untuk berkongsi dengan korang semua,,,,tak pek copy paste dari blog sendiri tak pek,,,~ngee~~~

SHAWL

salam,,,,


entry aku kali ini,,,tak berniat menyinggung perasaan sesiapa malahan kwn2ku sendiri,,,,
ini hanyalah PANDANGAN AKU SEMATA-MATA,,,,,
mohon maaf dipinta sekiranya menyakitkan hati korang,,,,

ehem,ehem,,,,,
aku nak ckp psl SHAWL,,,
fenemona dunia fesyen kini,,,kan2???
tapi masalahanya,,,,
aku ni suka nak ikut peredaran zaman,,,tapi masalahnya,,,,,
ADAKAH AKU SESUAI???
perasaan uh bermain2 dibenak kepale hotak aku,,,,
cet!,,,,tapi bila aku pikir2 balik2,,,x pakai pon x pek kot,,,,pki tdg biase jek ar,,,


ni bukan shawl,,,tp tudung ariani,,,,jauh sekali dihati untuk pakai,,,
cuba anda lihat,,,ADAKAH INI PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT???
1)TUDUNG NI TAK MENUTUP SEHINGGA E BAWAH DADA,,,
2)BAJU DIA KETAT!!!!NAMPAK TUBUH BADAN,,,,DOSA!,,,

aku bukan nak tunjuk alim,,,tapi serius skang aku segan nk pakai baju cam tuh dah,,,,huhuhu

mungkin ini yang anda perlu pakai!!!
1)TUDUNG BAWAH DADA,,,,
2)BAJU TAK KETAT!!!


ni SHAWL!!!!,,,,
bagi aku,,,,(maaf kawan2 sekiranya entry ini menimbulkan skt hati anda kepada saya),,,
1)ORANG PAKAI SHAWL,,,MEMANG NAMPA CANTIK,,,TRENDY,,,
2)ORANG PAKAI SHAWL,,,SEBENARNYA TAK TUTUP AURAT(MOSTLY!!!!!),,,SEBABNYA,,,
3)TUDUNG NI JARANG!!!!(NAMPAK BELAHAN LEHER),,,SERUPA TAK PAYAH PAKAI TUDUNG,,,,
4)TAK MENUTUP DADA PON,,,,ATAS DADA,,,ADA AR,,,KAN????
5)BIASE NYE,,,ORANG YG PKI NI,,,BAJU DY,,,FIT,KETAT,,MELEKAT,,,UH,,,(laki tgk,,,astaghfirullah!!!)
6)MEMANG AR ADE JENIS COTTON,,,PASHMINA,,,TA JARANG TAPI BILA LILIT2,,,TAK TUTUP BAHGIAN DADA KAN???

lastly,,,,aku nak cakap,,,,
mohon maaf banyak2 sangat kalo entry aku buatkan korang menyampah kat aku,,,
atau,,,
kate aku ni bajet alim,,,,tapi perangai cam ape ke???
atau,,,
korang pikir aku ni bajet bagus ar,,,mentang BERKAT,,,,

cet!!!!!MOHON MAAF,,,,,
ENTRY AKU KALI INI,,,HANYALAH PANDANGAN DARI HATI,,,
lagipon,,,
MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA DALAM ISLAM,,,,

SEKALI LAGI MAAF YEK KENGKAWAN!!!!!dan PEMBACA

AKU YANG POST!!!!-SYARFA' BINTI ABDUL AZIZ(LAJNAH DISIPLIN DAN RONDAAN)

REJAB!!!

salam,,,,

alhamdullilah,,,sekarang ni dah masok bulan rejab!!!!!!
korang puase ke tak????,,,,
siape yg tak boleh puase tuh,,,,sebab memang cuti tak pe ar,,,,
kalo lelaki????memang tak dek cuti,,,,nape tak puase kan????


Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) dan juga diberi maksud Rahmat, pemurah, kebajikan. Asbab kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.


Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, 70 hajat ketika berlalu di atas titi Siratulmustaqim."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Siratulmustaqim pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Siratulmustaqim pada tiap-tiap satu batu."


Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun."

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."


Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur)."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya"

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti"

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus (Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.)"

Rasullullah s.a.w. bersabda,
"Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."

Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.



Kelebihan lain bulan Rejab

Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.

Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.

REJAB bulan Allah,
SYA'ABAN bulan Rasulullah. S.A.W,
RAMADHAN bulan umat Rasulullah S.A.W.

REJAB adalah bulan maghfirah (keampunan),
SYA'ABAN bulan syafaat manakala
RAMADHAN bulan menggandakan kebajikan.

REJAB adalah bulan taubat,
SYA'ABAN bulan muhibbah manakala
RAMADHAN bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.


Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab

:: Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun

:: Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir

:: Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat

:: Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya

:: Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.

Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab



: Israk dan Mikraj (27 Rejab)

: Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)

: Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.

Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja.

Firman Allah SWT: "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
(Surah Al Israa': 1)


DOA BULAN REJAB


Istighfar paling baik dalam bulan Rejab

Maksudnya:
"Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya."


Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.

Marilah sama-sama beramal menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.

aku yang post-SYARFA' BINTI ABDUL AZIZ(LAJNAH DISIPLIN DAN RONDAAN)

PERPISAHAN!!!!

salam,,,,


entry kali ini,,,,
ingin mengatakan bahawa BERKAT MRSM PONTIAN 2009/2010,,,
bakal menamatkan tugas secara rasmi dalam beberapa minggu lagi(atau mungkin tinggal seminggu jek kot),,,,
MOHON MAAF DIPINTA SEKIRANYA KAMI MEMBUAT SALAH DALAM MENJALANKAN TUGAS,,,,
mungkin ada diantara kami yang terkasar bahasa dan bersikap kurang menyenangkan,,,,
kami pon manusia bukannnya malaikat!!!!
tapi,,,,jihad kami bukan berhenti sampai disini sahaja,,,,
lagi pon semua orang boleh berjihadkan walau dimana-mana pon,,,,,
JIHAD!!!!fisabillillah!!!

aku yang post!!!-SYARFA' BINTI ABDUL AZIZ(LAJNAH DISIPLIN DAN RONDAAN)

Friday, May 28, 2010

Saturday, April 10, 2010


PENGUMUMAN-PENGUMUMAN:

Ops... kepada wanita muslimah yang diluar sana,ingatlah setiap inci di badan anda adalah fitnah.

jadilah wanita muslimah yang sentiasa berasa malu dan segan untuk menunjukkan aurat anda dihadapan kaum adam.Wanita yang solehah adalah wanita yang menurut perintah Allah dan menjaga adabnya sebagai seorang perempuan.

Dan ingatlah pesanan ini,semua kaum adam mahukan pasangan yang menutup aurat dan menjaga peribadinya sebagai wanita muslimah sejati..Jadi tutuplah aurat anda.Walaupun panas,tetapi hanya di dunia sahaja.dan Ingatlah............Mahu PANAS didunia ataupun PANAS diakhirat....
sama samalah kita renungkan dan selamat beramal :)EXCAGAMA

INGATLAH WAHAI UMAT ISLAM SEKALIAN!!!

Mati bakal menjemput kita pada bila-bila masa,tidak mengira darjat,usia,bangsa dan juga keturunan.bagi orang yang beriman,maka beruntunglah mereka kerana terselamat daripada api neraka dan begitulah pula sebaliknya.so,marilah kita bersama-sama meningkatkan ibadah kepada tuhan yang satu dan saling mengingatkan antara satu sama lain...

Saturday, April 3, 2010

hanya ALLAH yang ABADI

Teringat kembali pada JUMAAT lepas.
dimana kaum muslimat MRSM PONTIAN akan turun ke surau untuk solat berjemaah.
usai sahaja solatnya, seperti biasa kami akan melakukan Majlis Ilmu bekalan hari akhirat.
kedatangan Cikgu Syahriah untuk menyampaikan tazkirah membuatkan kami teruja.
Kami tertanya tanya apakah yang akan disampaikannya.
Pastinya Meriah. Sebab cikgu memang orang yang sangat bersemangat untuk bercerita.
Almaklumlah guru subjek SEJARAH lah katakan.

CIKGU: ehem2..testing 1..2..3.
ok Bismillahirahmanirohim, assalamualaikum wbt pelajar
KAMI : Waalaikumsalam.
CIKGU:baiklah, hari ini cikgu akan berkongsi dua lagu untuk kita hayati bersama.
cikgu akan edarkan liriknya dan mari kita nyanyi bersama.
(ketika itu, suasana mulai rancak. Masing-masing test suara. takut-takut lari PICHING la pula kan. Biasalah, kami pelajar MRSM PONTIAN ni memang pakar bab2 nyanyi ini. kertas mula diedarkan, dan musik berkumandang merdu...)1 2 3 start...

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri.


next lagu.


Oh.. siapalah diri
Aku ini
Tanpamu.. Dunia ku pasti tak berseri
Dan hidup tak menjadi

Kau bagiku.. satu-satunya
Padamu lah
Ku meminta, ku bermanja
Ku rindui, ku kasihi
Di hatiku kau abadi

(*)
Dengan sinaran kasihmu
Kian terancang hidupku
Tiada lagi keraguan
Kau bagiku kekuatan
Mana jua ku berada
Ditemani cahya cinta

Sejak dirimu ku dekati
Diri ku ini ku kenali
Hanya engkaulah sesungguhnya
Tiada dua

Di cermin kaca ku memandang
Diri ku serba kekurangan
Namun bagimu bukan itu jadi ukuran
Melengkapi hidup kita
Bukan harta.. bukan nama.. bukan rupa…

(ulang *)

Kau.. bagi diriku
Satu-satunya
Ku meminta, ku bermanja
Ku rindui, ku kasihi
Di hatiku kau abadi.. ooo


CIKGU: wah sedapnya suara. Terharu saya dengar.

anda semua tahu tak lagu ini megenai apa?

lagu ini sebenarnya dicipta untuk kekasih hati manusia iaitu ALLAH.

bukannya kepada pakwe, makwe, sayang, baby dll..

hanya ALLAH lah cinta yang abadi.

tiada yang lain. Cinta kepada manusia takkan kekal kerana manusia akan mati.

tetapi ALLAH kekal selamanya. Yang setia mendengar dalam susah dan senang.

kalau kita hayati lagu ini kembali,

betapa Agungnya CINTA NYA untuk hambaNya.

yang tidak mengira PANGKAT, HARTA mahupun RUPA.

Jadi anda tidak perlu terhegeh- hegeh mengejar cinta yang sementara sedangkan cinta yang AGUNG tidak anda peroleh. Tidak perlulah anda ber COUPLE-COUPLE yang hanya bikin TROUBLE.

Cinta lah seseorang itu kerana Cintanya dia kepada ALLAH.

Tuesday, March 30, 2010

BERKATNYA CINTA KERANA ALLAH!!








Jangan dikira pasangan yang sudah bercinta sekian lama,saat menikah akan terus mencintai pasangannya. Dan jangan dikira pasangan yang tidak melalui fasa percintaan akan sulit mencintai pasangannya setelah bernikah.

Cinta itu ibarat pohon.Akarnya tumbuh ketika kita mulai berinteraksi dengan pasangan kita.Cinta pun akan bersemi ketika kita mulai menerima segala kelebihan dan kekurangan pasangan kita.Kita sirami dan pupuk ia dengan kasih sayang dan perhatian. Ia akan mekar dan berbuah ranum ketika kita berusaha memberi yang terbaik untuk pasangan kita. Namun ia tidak akan tumbuh begitu sahaja. Ia perlu dirawat dan dijaga dari penyakit dan hama yang menganggu.

Di antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan…’I will marry a stranger!’…Namun aku pasrah…

Jam 8.00 malam


‘Yang mana satu ek…?’

‘Yang itukan?’..

‘Iskh..bukan lah..itu kawan dia’..

‘OOo..ye ke..hurm…. takde beza pun…Mana satu ni?’




‘Aku terima nikahnya Najdatul ‘Iffah binti Umar Faruq dgn mas kahwinnya 80 ringgit tunai….’.

‘‘Iffah dah jadi zaujah!’ Bisik Wafa’ sahabatnya seusai akad itu dan di saat aku menadah tangan berdoa. Tidak semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku. Terselit juga hiba walaupun pada hakikatnya hati aku teramat gembira..

Detik-detik ijab kabul itu. Sungguh ia merupakan sebuah momentum sederhana yang memiliki energi potensi dasyat untuk mengubah kehidupan dua anak manusia yang akan menjadi sepasang suami istri. Pernikahan adalah sebuah kerja besar yang menunggu kita.Kita tidak akan lagi merasa bahagia atau sedih sendiri. Malahan sudah tidak boleh melakukan banyak hal dengan menuruti keinginan sendiri. Kini telah hadir seseorang yang mencintai kita dan harus juga kita cintai, yang memperhatikan dan perlu kita perhatikan, tempat curahan hati, berkongsi rasa, canda, tangis, bahagia, susah dan marah. Dan seseorang itu adalah suami yang Allah berikan padaku….

Bila ada keindahan,

Yang mewujud utuh..

Dalam seluruh dimensi..

Dan menyentuh utuh..

Sepenuh rasa di jiwa,

Itulah detik ijab qabul..

Selamanya..

Indahnya nyata..

insyaAllah


“Assalamualaikum!’ sapa satu suara.Aku masih tidak mampu untuk mendongak, melihat wajahnya itu. Aku berteleku dan terus menunduk. Ruang di antara para tetamu wanita di hadapanku di buka untuk lelaki tersebut mendekatiku. Aku bertambah gementar…Namun terus menghulurkan tanganku buatnya, lalu disarungkan sebentuk cincin emas ke jari manisku. Kerlipan cahaya dari berbelas kamera membuatku terus berpeluh-peluh. Dia lantas keluar tanpa berkata apa-apa. Mungkin dia segan dan malu, aku menebak. Mana tidaknya, puluhan akhawat memenuhi segenap ruang yang ada di bilik kecil itu.


‘Tak sempat lagi tengok muka dia’

‘Tak sempat ke?Tak berani ke?Ke malu?’ Wafa’ masih tersengih memerli.

‘Semualah sekali. Eh, dia ada kat mana sekarang?’

‘Makan kot…kat luarlah..pergilah tengok,’

‘Tak mahulah. Segan sangat-sangat. Dahlah tak kenal. Dia balik lepas jamuan. Esok akan datang semula’.

Aduhai…

Sahabat-sahabat yang ada geli hati agaknya melihat gelagat ‘Iffah. Mana tidaknya. Muka suami pun tak pernah dilihat Dah akad nikah pun masih belum melihat. Esoklah nampaknya rezekinya di waktu kenduri.

Di malam akadnya itu, dia masih belum bersama suaminya. Orang tua-tua kata tak elok selepas bernikah duduk sekali. Mesti tunggu majlis rasminya keesokan harinya.

Di saat itu dia masih membayangkan wajah suaminya yang hanya dilihatnya lewat gambar foto yang dikirimkan oleh ustaznya, perantara yang menjodohkan antara dia dan suaminya.

Di saat itu juga, memori lama terimbau kembali......

Dia masih teringat di saat dia ditanyakan adakah mahu dia berumah tangga dengan pemuda itu. Oleh kerana kepercayaan yang telah lama dibaja kepada manusia yang sudah lama mendidiknya, ’Iffah menyatakan persetujuannya. Bukan tergesa-gesa, tidak juga tanpa berfikir panjang. Malah, dia telah mempertimbangkannya sejak sekian lama.

Dia sangat mahukan pernikahannya hanyalah semata-mata kerana Allah. Dia mahu tindakannya itu disandarkan kerana Allah. Dia mahu berkarya untuk mengeratkan kasih dan produktif memaknai cinta tanpa mengharapkan balasan manusia, hattakan suaminya sendiri. Dia mahu cintanya itu bersumberkan kecintaan kepada Ilahi. Kecintaan yang benar-benar hidup dan menghidupkan…

‘Iffah sedar keputusannya menyerahkan segala urusan baitul muslimnya (perkahwinannya) pada jemaah untuk mengatur dan memilih pasangan hidupnya membuktikan sedalam mana kepercayaannya pada jemaah dan manusia yang bertanggungjawab menjaganya.

Memasuki alam pernikahan memerlukan akar yang cukup kuat. Ibarat sebuah bangunan, semakin berat beban yang diterima, maka akan semakin kukuh struktur asas yang dibuat. Semakin teliti penelitian yang akan dibuat ke atas bangunan yang di buat. Bukan sahaja pada struktur asas ,tetapi kekuatan pendukungnya yang lain.

Dan semenjak hari itu,setiap detik menjelangnya merambat begitu lambat, di lautan hati yang penuh bunga,senyum bertebaran di wajah-wajah cerah, yang kian berseri.

Seiring makin mendekatnya detik-detik penuh bersejarah itu, ’Iffah,seorang gadis biasa yang fitrahnya manusia, kadangkala tersadung juga. Hampir tergelincir ke lembah yang tidak diingininya. Dia mahu memelihara suci hubungan itu. Biarlah tiada ada noda. Biarlah bahagia itu bermula pada detik pernikahan itu sendiri.



Perbincangan mereka awalnya sangat terpelihara. Hanya sekadar atas urusan yang perlu dan di ‘cc’ kan pada mereka yang selayaknya.

ustaz….Ukhti…

Entah di mana ana harus mulakan…agak segan menulis kata2 walaupun tidak nampak rupa, malu pula untuk menuturkan bahasa di khalayak kalian berdua….Ana pun tidak pasti atas dasar mana ana menulis email ini, yang pastinya, aqidah ISLAM lah yang menghubungkan kita semua, tidak perlu la didetailkan lagi…Ustaz dan ukhti maklum dan jelas di dalam perkara ini insyaAllah.. ..Ana pasti ukhti iffah jelas di atas apa yang telah berlaku sebelum ini, resume telah diterima dan dibaca, boleh kata masing2 faham tidak perlu diterangkan mengapa dan siapa kerna semua itu sudah diserahkan kepada murabbi kita …ana hanyalah insan lemah yang menyerahkan segala yang berlaku kepada Allah s.w.t….semoga Allah berikan yang terbaik buat kita semua….. Tidak lain dari sini, ana hanyalah meminta keizinan menyatakan persoalan dengan tenang kepada ukhti iffah di atas perancangannya di dalam perkara ini, ana perlu lebih jelas tentang apa yang difikirkan oleh enti. …….

Perbincangan sering berlaku lewat email dan ‘yahoo messenger’. Atas alasan untuk menguruskan hal-hal bersangkut paut dengan pernikahan. Namun setelah beberapa kali berhubung sudah muncul pula icon yg mampu menggetarkan hati-hati manusia yang menanti saat yang dirasakan manis itu. Ada juga email yang terlepas dan tidak di ‘cc’ kan pada orang lain. Astaghfirullah! Pada mulanya berchatting sedaya upaya dielakkan. Namun akhirnya ‘Iffah pasrah. Tunduk pada hatinya yang seakan rindu melihat icon senyum itu menyala. Dan akhirnya syaitan itu menang jua. Walaupun tiada bicara yang melekakan. Namun cukuplah ucapan ‘doakan diriku pejuang sejati’ mampu menggetarkan dan mengusik hatinya itu. Entah mengapa saat pernikahannya itu dirasakan terlalu lama.

Thariq zayyad : ok, undur dulu…

‘iffah : ok, jaga diri ..

Thariq zayyad : doakan diriku pejuang ISLAM sejati =)

‘iffah..insyaAllah. . wassalam..

Thariq :wslm wr wbt..

Mungkin berbaur semangat perjuangan, tetapi sebenarnya ia cukup palsu! Sayang sungguh sebagai pekerja islam yang kononnya membina bangunan Islam, tetapi dalam masa yang sama meruntuhkannya. Prinsip-prinsip pergaulan dilanggar, kata-kata walaupun sebentar mampu membuka ruang fitnah. Memang di mata manusia biasa apalah sangat perbuatan itu. Mereka akan berkahwin! Tapi jiwa orang mukmin yang sensitif, yang peka dengan maksiat-maksiat kecil, dia tahu perbuatannya itu tidak diredhai oleh Allah swt. Cepat-cepat dia beristighfar. Biarlah dia bersabar asalkan pernikahannya nanti adalah suci.

Alhamdulillah, Allah tidak membiarkan ia berlaku lama. Akhirnya ada yang dapat menghidu dan menegur. Aduh..malu sungguh dirinya pada Allah! Dirinya sering dianggap hebat dan cukup tsiqah (baca : dihormati) tetapi kalah pada naluri rindunya. Walaupun sekadar icon =) namun dia merasakan itu satu noda besar untuknya!

Ruang dialog hati,

dalam kesedaran cinta ilahi,

sebagai sebenar-benar cinta.


Kita membangun sebuah pernikahan kerana cinta kita kepada Allah. Kita ingin selalu menyempurnakan cinta itu maka kecintaan kepada Allahlah adalah yang lebih utama perlu kita perhatikan demi kelangsungan pernikahan kita di dunia dan akhirat. Tentunya kita tidak ingin membawa pernikahan kita semakin jauh dariNya kerana peluang. Kita mudah terbawa arus lantaran selalu sebuk dan lalai dengan pernikahan itu. Mudah lari dari syariatnya.. Midah tertipu zahirnya dalam kebaikan. Kerana itu, kita perlu membangun sebuah komitmen denganNya dahulu sebelum menjalin komitmen dengan pasangan hidup kita…


Cinta bukan kerana keindahan yang tampak di mata..

Tetapi kerana yang menyatukan hati dan jiwa…


Akhirnya, segalanya ditinggalkan kerana Allah. Dia tidak sanggup lagi membiarkan fitnah berlaku ke atas hatinya. Komitmen dengan Allah swt dibutuhkan kerana dia bertekad membangunkan mahligai rumah tangga semata-mata mencari ridhaNya. Ingin membangunkan mahligai pernikahan dengan nuansa cintaNya dan cinta kepadaNya….

kala cinta bertanya pada cinta..

imanlah jawabnya..


Azan subuh yang berkumandang mengejutkan aku dari lamunan . Tidak disedari masa berlalu begitu cepat sekali. Kedengaran diluar suasana kelam kabut…bunyi kaca dan suara saudara mara hiruk pikuk di luar.

Baru aku teringat, hari itu adalah kenduri walimahku setelah akad semalam. Aku tersenyum sendirian. Di manakah suamiku? Bilakah dapat aku menatap wajahmu duhai kekasih?


Di sini teduh hadir kukuh,

Di kelopak cerah segala bunga,

di pucuk-pucuk hijau segala rasa..


Alhamdullillah, kenduri berjalan dengan lancar hari itu. Ramai sungguh teman-teman yang hadir mengucapkan tahniah dan menyerikan lagi suasana. Aku sempat mencuri pandang ke arah suamiku. Itupun setelah disuruh oleh sahabatku. Mana tidaknya seorang di hulu, seorang ke hilir. Penat sungguh sanak saudara menyuruh kami berjalan berdua-duaan. Sungguh aku tak mampu menahan getaran hatiku berada di samping seorang lelaki asing yang tak pernah kukenal mahupun kulihat! Namun hatiku pasrah dan menerima seadanya. Biarlah proses taaruf kami berjalan selepas ini. Dan insyaAllah kami akan mengenali keluarga besar masing-masing juga. Biarlah hari ini kami kelihatan seperti dua makhluk asing pun!

Mulai detik itu, kami melayari bahtera ini dengan keindahan dan kecintaan yang sebenar. Benarlah apabila syariat dipatuhi, manisnya pernikahan itu benar-benar dirasai. Di saat itu kisah cinta agung Khadijah r.a dan Muhammad saw kita selusuri. Betapa suburnya pohon cinta itu, akar-akarnya menghujam di hati, batangnya kukuh, rantingnya menjulang ke langit, daunnya rimbun, buahnya ranum,menaungi dan memberi kebahagiaan kepada sepasang jiwa.

Benarlah… nyata pernikahan juga memerlukan keperluan emosional yang tinggi. Hubungan dua insan yang saling memahami, empati, toleransi dan motivasi. Perlunya ada penyelarasan dan keselarian emosi. Tambahan lagi ketika awal pernikahan, banyak saat-saat yang cukup terduga, oleh itu sabar dan iman harus diutamakan. Penyelarasan ini tidak akan terjadi serta merta, seperti antena radio atau tv yang perlu diputar-putar untuk mendapat gelombang yang betul, maka penyelarasan antara dua jiwa ini juga memerlukan banyak percubaan. Ini akan terjadi sepanjang pernikahan kita hingga ke akhir hayat. Sabar dan syukur memudahkan kita memandang segala permasaalah kita dengan jiwa yang jernih…




Aku benar-benar bersyukur atas apa yang dianugerahkan padaku hari ini. Sungguh tidak ternilai cintaNya padaku….


‘ Ya Allah. dimana lagikah dapat ku temui cinta sejati..

kecuali pada cintaMu..

ke mana lagikah hati ini harus berlabuh..

kecuali pada kasihMu..

Jadikanlah hati yg lemah ini yaAllah..

tertambat kukuh hanya padaMU..

Aku mohon redha atas segenap keputusanMu

kesejukan setelah matiku..

kenikmatan memandang wajahMu..

dan kerinduan untuk berjumpa denganMu..

Ampunilah diri ini yang tidak beharga Ya Allah ..

Penuhilah kehinaannya dengan keindahan maghfirahMu’